Pemerhati pilihan raya Pilihan_raya_umum_Malaysia_2008

Setakat ini SPR tiada kuasa menjemput pemantau pilihan raya dari luar negara dan tiada kuasa akreditasi terhadap mereka. Ini bagi memudahkan berlaku penipuan semasa kira undi dijalankan. Alasannya, Pemantau dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dari negara maju hanya akan mengundang masalah. Setakat ini PBB dan semua negara di dunia mengiktiraf status pilihan raya di Malaysia kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya muslihat yang berlaku di negara ini. Mafrel yang dipimpin oleh Abd Malek Hussin pernah bertugas dalam pilihan raya Thailand 2008. Tuduhnya lagi jika dijemput sekalipun, pasti akan ada yang tidak puas hati, kononnya dibeli. Bagaimana tuduhan itu dilepaskan sedangkan pemerhati pilihan raya masih belum diadakan. Negara kita ialah tanggungjawab kita.

Pengundi hantu yang diriuhkan oleh pembangkang di Malaysia tahun 2004 belum dihadapkan ke mahkamah. Kecelaruan pilihan raya 2004 berpunca daripada:

  • Persempadanan semula kawasan pilihan raya
  • Dua senarai daftar pengundi
  • Nama si mati masih ada dalam daftar pengundi.
  • Nama pengundi dipindahkan tanpa dimaklumkan terlebih dahulu.
  • Pengundi tidak dapat mengundi kerana senarai daftar pengundi belum diwartakan.

Pengundi yang mempunyai capaian internet boleh menyemak status mereka di [lamanweb SPR].

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pilihan_raya_umum_Malaysia_2008 http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/election/read.php?id=313844 http://tehranifaisal.blogspot.com/2008/03/pemerhat... http://www.iht.com/articles/ap/2008/03/10/business... http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&t... http://malaysiakini.com/news/80957 http://www.reuters.com/article/reutersComService_2...